Biodata : Mohd Fauzi Bin Nordin

The Ultimate NLP Trainer and Master Trainer Training

Mohd Fauzi Bin Nordin
License Applied Neuro Synergy Trainer
License Applied Neuro Synergy Professional Coach

Mohd Fauzi Nordin adalah antara yang tidak ramai yang mempunyai persijilan latihan (Certified Trainer) di dalam tiga Organisasi yang besar iaitu:

  • Global Association of Nero Synergy (GAANS)
  • National Federation of Neuro Linguistic Programming (NFNLP)
  • International Society of Neuro-Semantics (ISNS)

 

Sementara di dalam Coaching, beliau di latih di dalam 50 Organisasi Coaching yang besar iaitu:

  • Global Association of Nero Synergy (GAANS)
  • International Coaching Federation (ICF)
  • National Federation of Neuro Linguistic Programming (NFNLP)
  • American Board of NLP (ABNLP)
  • International Society of Neuro-Semantics (ISNS)

 

Pengenalan Tentang Mohd Fauzi Bin Nordin

Beliau adalah seorang trainer yang aktif mengendalikan latihan di Syarikat-syarikat Korporat yang besar di Malaysia. Seorang yang sentiasa secara konsisten di dalam mencari yang terbaik di dalam Pembangunan Sumber Manusia dengan bermotif pembelajaran sepanjang hayat.

Mohd Fauzi Nordin berkelulusan Master in Business Administration (MBA), Bachelor in Business Administration (BBA), Diploma in Personnel Management dan Diploma in Public Administration. Memulakan kerjaya di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan seterusnya di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Setelah 3 tahun didalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia, Beliau memasuki Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) iaitu sebuah syarikat pengendali lebuhraya yang terbesar di Malaysia. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kumpulan Pentadbiran dan Sumber Manusia di salah sebuah syarikat pembinaan.

Kini beliau telah lebih 18 tahun mengendalikan latihan, coaching dan perundingan untuk pelbagai Industri di Malaysia di dalam bidang Latihan, Pengurusan Sumber Manusia, Kepimpinan, Motivasi, Perkhidmatan Pelanggan, Keusahawanan, Persaraan dan Pentadbiran Pejabat.

Minat dan kecenderungannya dalam bidang peningkatan produktiviti, beliau telah di pilih mewakili Malaysia ke Latihan Ergonomics selama 3 minggu anjuran kerajaan Jepun pada tahun 2003. Dari segi latihan, Mohd Fauzi sering dikenali sebagai seorang tenaga pengajar yang praktikal, iaitu beliau sering mempermudahkan teori-teori pengurusan untuk di praktikkan dengan mudah dan berkesan.

Mohd Fauzi Nordin juga merupakan Pengasas Certified Learning Technologist, satu program yang memberi tumpuan di dalam melatih dan meningkatkan kualiti Trainers di Malaysia.

Beliau juga seorang Certified LAB Profile Practitioner (SS, CAN), seorang trainer (Certification in Training) yang disahkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Certification in Training Evaluation (CITE) dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (EET/0145) dan Certivicate IV in Training and Asessment, Australia.

Beliau juga seorang Certified trainer program Mesra Malaysia oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Program perkhidmatan pelanggan ini adalah untuk semua pekerja barisan hadapan di dalam industri pelancongan. Program latihan yang di kendalikan oleh beliau tidak terhad hanya di Malaysia. Beliau juga sering di jemput mengendalikan latihan di Institut Perkhidmatan Awam Brunei, Kementerian Pertahanan Brunei, Kementerian Buruh Brunei dan Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama Brunei.